Rabu, 23 April 2014

URUT BIASA.


Traditional massage time with Suzilawati Rusli Suzi
Tq kak...
Dah lama x berurut ni...
Sesape nk massage boleh pm akak suzi kite ni ye
 — feeling relaxed.

URUT SELEPAS BERSALIN.


TINIE DARI SRI RAMPAI.

URUT SELEPAS BERSALIN.


Syukur sangat sebab di saat org yg janji nak urut saya xdapat nak mengurut,akak dapat urut saya selepas bersalin.Ada hikmah rupanya.Saya ni jenis tak tahan sakit dan penggeli tapi sebab akak best rasa mcm serasi sgt.walaupun ayat saya mcm berupa bodekan tapi saya sgt ikhlas..hehe..siap urut mak saya sekali.Nanti kita setting lain yer.. — feeling good.

Isnin, 14 April 2014

URUT SELEPAS BERSALIN.


FARAH HANUM DARI UKAY PERDANA.
Farah Hanum Time kasih kak suzi!!urutan yg sangatttt best walaupun kaki bdn mengerekot kekadang tahan sakit kene urut hehehehe.tp bestt!!alhamdulillah masalah kaki cramp dah xde...susu pun dah tak tersumbat (rase nk soh urut lg bia btul2 lancar aliran susu dan xmo jd bengkak).i.allah lpas 44 hari kite jumpe balik eh 

Isnin, 7 April 2014

URUT SELEPAS BERSALIN.

 SEMASA MENGANDUNG.

 SELEPAS BERSALIN.




 HARI PENUTUP 44 HARI .

ILLI DARI WANGSA MAJU.
Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan Kak Suzilawati Rusli Suzi untuk merasai urutan tradisional selepas bersalin. Sepanjang tempoh berpantang hingga hari ke -44, tak dapat dinafikan saya sangat berpuas hati dengan cara urutan Kak Suzi. Ianya membantu memberi kesegaran dan kelegaan pada tubuh saya yang sering kurang tidur malam kerana menyusukan anak. Malahan, Kak Suzi sungguh kreatif kerana saya berpeluang diurut bersama irama bali yang dipasang, terasa seperti di spa walaupun hanya di rumah  Selain itu, Kak Suzi pandai membuat urutan seri muka yang menyegarkan (saya belum pernah jumpa urutan ini di mana-mana spa atau daripada pengurut lain).

Mengenali Kak Suzi sepanjang tempoh mengurut, beliau seorang yang mudah mesra dan tidak kedekut ilmu. Pelbagai ilmu berkaitan penjagaan diri selepas bersalin dikongsi dengan saya. Buat masa ini, saya ternanti-nanti hari ke-60 di mana Kak Suzi akan menyediakan pelepas pantang untuk saya. Bagaimanalah rasanya ye? 

Buat Kak Suzi,
Terima kasih tak terhingga untuk khidmat urut yang sangat bagus dan mesra pelanggan. Moga Kak Suzi terus maju dalam arena urutan tradisional dan dikenali ramai ya..

Insya Allah, kita jumpa dan jumpa lagi yer lain kali 
Take care kak!







PELEPAS PANTANG 60 HARI.

Alhamdulillah, yeay! Sudah mandi bunga  Terasa ringan badan dibuatnya Wangi bunga dan limau yang semerbak sgt refreshing!! Ili memang recommend sesiapa yang berminat untuk mencuba mandi bunga ni, pasti terasa kelainannya. Insya Allah, bersemangat dan excited la saya untuk mula bekerja esok, hehe! Thanks Kak Suzilawati Rusli Suzi!!

P/s: bila dah cuba sekali, hendak lagi maa
 — feeling refreshing.