Jumaat, 8 Jun 2012

URUT SELEPAS BERSALIN / TANAMERA POSTNATAL CARE SET.



NUR HAJJAR SHIMA DARI SETIAWANGSA.


saya mula mengenali set tanamera sewaktu berkunjung di expo bayi di mid valley. tetapi waktu itu saya belum lagi di sahkan mengandung. apabila saya di sahkan mengandung anak ke-2 saya terus membuat keputusan untuk menggunakan set ini kerana set tanamera ini tidak menggunakan jamu dan selamat untuk menyusukan bayi saya kelak. apabila usia kandungan saya 7 bulan, saya mula menggunakan minyak kelapa dara untuk di sapu di perut bagi menggurangkan rekahan dan minum sebagai air selusuh. dan seminggu sebelum tarikh bersalin saya mengambil 3 kali sehari.minyak kelapa dara juga saya gunakan untuk membuat urutan perineum dan hasilnya saya tidak berada lama di dalam dewan bersalin dan menerima sedikit sahaja jahitan berbanding dengan anak pertama dahulu. Saya mengalami contraction yang kuat pada pkul 430 pagi dan bukaan 10cm. dan saya selamat bersalin pada 458am.
Antara produk lain yang saya amat suka ialah sabun mandian herba dan herba pembersih wanita. Sabun mandian herba dapat mengurangkan kesan-kesan hitam di leher dan di celah celah kaki dan tangan. Herba pembersih wanita saya gunakan sejurus saya balik ke rumah dan ia dapat mempercepatkan penyembuhan di tempat jahitan.
Bagi saya set tanamera ini sesuai bagi ibu ibu moden yang ingin berpantang dengan cara yang senang dan mudah. Yang paling penting berpantang dengan badan yang sihat. Ini kerana semua set dalam tanamera boleh di gunakan sebelum bersalin dan selepas bersalin.

1 ulasan:

  1. Akak, saya kat setiawangsa. Nk berurut lps bersalin boleh? Kontek mail saya , nainikamil@yahoo.com

    BalasPadam