MASA BERPANTANG HARI PERTAMA.
MASA BERPANTANG HARI 6
MUNIRAH DARI BUKIT JELUTONG.
HARI KE 30 LAST DAY BERURUT,BERTUNGKU,BERPILIS ,BERTAPEL DAN BERBENGKONG INI LAH HASILNYA.
MUNIRAH DARI BUKIT JELUTONG.
MUNIRAH SEDANG MENJALANI SEISI PAKEJ URUT,BERTUNGKU,BERTAPEL ,BERBENGKONG DAN BERPILIS SELAMA SEBULAN DAN MELULUR SETIAP MINGGU.MUNIRAH BERSALIN CZER.
HARI KE SEPULUH MUNIRAH TELAH BERJAYA PAKAI BAJU SIZE S.HARI KE 30 LAST DAY BERURUT,BERTUNGKU,BERPILIS ,BERTAPEL DAN BERBENGKONG INI LAH HASILNYA.
Aan N Munposted toSuzilawati Rusli Suzi
Salam kak suzi...thank u for the past 30 days. Heheh seronok giler berpantang kali ni dgn akak dan tanamera. Tiap2 pagi bertangas dgn feminin wash, mandi dgn brown soap + herbal wash dan spray muka dgn lavendar spray sgt menyegarkan. Bau produk tanamera ni wangi tak memeningkan lgsung macam jenama-jenama lain di pasaran. Yelah saya mana tahan bau busuk jamu. Huhuhu Lepas tu akak dtg urut, tungku d
an bengkung plak. Pergh mmg terase kempis perut dan bertenaga sepanjang hari. Dua kali seminggu pulak kita ada sesi lulur dgn boreh body scrub tu kan. Best...kulit rasa sangat bersih dan yang hitam kat bawah ketiak, celah kelengkang dan leher tu pun hilang. Thanks akak kerana buat tempoh berpantang saya kali ni best giler...takla lemah jerr macam masa bersalin anak first dulu. Terima kasih kerana "menguruskan" dan "memutihkan" saya. Terima kasih juga kerana telah membetulkan urat-urat saya sekarang tidak tersimpul lagi. Akak mmg terbaek ah. Setengah tukang urut bukan reti pon betulkan urat...takde maknenyer urut kalo tak betulkan urat, badan tak jadi sihat pon. Nanti jangan lupa datang untuk rawatan penutup pada hari ke-44 ye kak? Jemput datang utk majlis aqiqah Aaron jugak minggu depan. Finally, thanks for being a friend to me... (P/S: Akak masak sedap laa... Mesti saya rindu bubur ayam akak nanti... Nanti kalo buat makan2 kat rumah jgn lupe jemput saya ye? Hehe)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan