ZAHARAH DARI TAMAN PERMATA,ULU KELANG.
Salam Kak Suzi,
Testimoni dari saya. Sorry lambat emel sebab Djibril 2-3 hari ni mood tak baik, sebab bersunat haritu.
Saya mengenali Kak Suzi masa anak pertama berumur 8 bulan. First time urut dengan Kak Suzi - memang best, habis semua angin dia keluarkan dari badan. Sejak dari hari itu, once a month mesti berurut dengan Kak Suzi. Masa anak dah masuk setahun, Kak Suzi sengkak saya sebab first delivery through ceasar. Next month check, dapat tau pregnant anak kedua. Hehe.
Lepas tu memang dah book dengan Kak Suzi berurut selepas bersalin dan decide nak urut selama 30 hari. First day urut start lepas 3 hari bersalin normal. Kak Suzi mula dengan tungku badan, urut, dan pakaikan tapel, bengkung dan pilis.
Apa yang best berurut selama 30 hari?
1. This time berpantang sendiri, so bila duduk rumah sendiri banyak benda terpaksa dibuat seperti basuh baju, sapu rumah, siapkan makan dan yang paling kerap, attend bayi 24 jam sehari sebab tiada orang lain. Sangat memenatkan. Tiap-tiap pagi berurut, badan rasa kuat dan hilang lenguh-lenguh, sengal-sengal badan and tidur malam pun senang.
2. Masa first delivery, tak dapat berbengkung dengan pakai tapel, this time around dari hari ke-4 melahirkan dapat berbengkung dengan tapel. Memang nampak sangat perbezaan pada perut - cepat sangat turun/kempis walaupun still ada lebihan lemak dekat perut (ya, kena exercise sit up ehhehe). Sangat puas hati sebab belum pun habis pantang dah boleh pakai seluar before pregnancy. Belum lagi timbang berat badan so tak dapat nak bagitau berat dah kembali kepada asal ke tidak, tapi yang penting pada saya, semua baju lama dah boleh dipakai. Yeay!
3. Masa first baby, saya kurang susu badan. Alhamdullilah, this time around, baby saya disusukan sepenuhnya dengan susu badan. Maybe sebab kena urut tiap-tiap hari, susu banyak je keluar.
4. Kadang-kadang, baby saya menangis tak nak tidur masa berurut so Kak Suzi tolong urutkan baby juga. Rupanya baby saya kembung! Nasib ada Kak Suzi tolong urutkan baby saya.
Overall, saya puas hati dengan cara urut Kak Suzi, amat membantu saya masa berpantang seorang ni. =) Nanti akan panggil Kak Suzi berurut sebulan sekali ye Kak?
Zaharah
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam